expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 25 June 2012

Hilang kaki akibat diabetes




HUBUNGI doktor anda sekiranya timbul kudis-kudis di kaki yang tidak mahu sembuh dalam masa singkat ataupun masalah lain di kaki yang tidak mahu hilang. Doktor akan memeriksa kaki anda untuk mendiagnoskan penyakit dan memberikan rawatan sewajarnya. 


Pemotongan anggota merupakan satu komplikasi neuropati yang serius. Diabetes salah satu penyebab utama pemotongan kaki di seluruh dunia, iaitu sebanyak 50 peratus daripada jumlah pemotongan! Risiko pemotongan kaki adalah 27.7 kali lebih besar bagi penghidap diabetes.


Bagaimanakah Kerosakan Saraf Akibat Diabetes (Neuropati) Dirawat?



 
Langkah rawatan yang pertama adalah menurunkan paras glukosa dalam darah kepada tahap normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan kadar glukosa dalam darah, perancangan makanan, kegiatan fizikal dan mengambil ubat diabetes atau insulin akan membantu mengawal paras glukosa dalam darah.


Gejalanya mungkin jadi bertambah buruk apabila tahap glukosa dalam darah dikawal buat pertama kali, tetapi lama-kelamaan mengekalkan paras glukosa darah yang lebih rendah akan membantu mengurangkan gejala. Pengawalan glukosa dalam darah yang baik akan membantu mencegah dan melambatkan penularan masalah selanjutnya.


Saintis Jepun mendapati saraf yang rosak boleh dipulihkan semula dengan mengambil suplemen yang dikenali sebagai mecobalamin atau methylcobalamin iaitu bentuk Vitamin B12 yang aktif.


Mecobalamin - Vitamin B12 yang Aktif Untuk Pemulihan Semula Saraf. Dengan mecobalamin, hepar tidak perlu lagi menukarkan bentuk Vitamin B12 yang tidak aktif (cyanocobalamin) kepada mecobalamin kerana ia sudah pun aktif dari segi oral. Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan melalui satu mekanisme unik yang berbeza daripada terapi semasa. Sesetengah gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi vitamin semulajadi ini termasuklah neuropati periferal. Ambil satu kapsul 500 mcg tiga kali sehari.


Anda Berisiko Akan Mengalami Neuropati Diabetes

1. Jika mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi

2. Berat badan berlebihan

3. Kandungan lemak dalam darah tidak terkawal 

4. Merokok



* Artikel ini disumbangkan oleh Live-well Nutraceuticals, untuk maklumat lanjut, sila rujuk ahli farmasi anda.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com