expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 30 June 2012

Isu Barclays: Citibank kata tidak disiasat





KUALA LUMPUR - Lebih banyak bank global sedang disiasat kerana didakwa memanipulasi pasaran kewangan selepas Barclays didenda AS$453 juta, tetapi Citibank menjelaskan bahawa ia bukan salah satu daripadanya.


"Citi mengesahkan dengan para pegawai kerajaan UK bahawa ia tidak disiasat di UK yang mempunyai kaitan dengan isu-isu LIBOR," kata Citibank Bhd dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Antara bank global yang dikatakan sedang disiasat ialah HSBC dan Royal Bank of Scotland dari Britain dan UBS dari Switzerland kerana didakwa menyediakan perangkaan palsu mengenai kadar faedah yang digunakan bagi penetapan pajakan dan pinjaman pengguna.


Pihak berkuasa AS dan British pada Rabu mendenda Barclays kerana memanipulasi kadar faedah, Kadar Tawaran Antara Bank London (LIBOR), yang memberikannya kelebihan antara 2005 dan 2009. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com