expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 25 June 2012

Isu jet: Turki dakwa Syria ambil 'tindakan bermusuh'


















Turki kehilangan jet tentera F-4, seperti dalam gambar, selepas ditembak oleh Syria semalam.


ISTANBUL - Turki secara rasmi menyifatkan langkah Syria menembak jatuh jet tenteranya kelmarin sebagai "tindakan mahu bermusuhan."


Istanbul melahirkan pendirian itu hari ini dalam satu nota diplomatik yang dihantar kepada pejabat konsul Syria, demikian menurut jurucakap Kementerian Luar, Selcuk Unal dipetik CNN.


Pasukan mencari dan menyelamat Turki dilaporkan menemui bangkai pesawat di kawasan sedalam 1,300 meter di Laut Mediterranean hari ini.


Bagaimanapun anggota pasukan itu belum tiba di lokasi serpihan ditemui, malah tidak ada maklumat mengenai nasib dua juruterbang pesawat tersebut.


Dalam pada itu, Turki juga dilaporkan telah meminta agar Nato mengadakan mesyuarat khas membincangkan tindakan balas berhubung insiden jetnya ditembak jatuh.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com