expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 28 June 2012

Jangan keluar tanpa gincu




Gincu atau lipstik salah satu alat kosmetik yang jarang sekali ditinggalkan wanita tatkala melangkah keluar dari rumah, Ia merupakan sebahagian daripada fesyen wanita yang cukup penting untuk menyerlahkan lagi penampilan.


Sama ada ketika sedang sibuk mahupun bersantai mengenakan solekan, gincu tidak pernah dilupakan. Memandangkan setiap wanita memiliki minat dan citarasa yang tersendiri, terdapat banyak jenis gincu yang tersedia untuk dibeli. Pun begitu selain memilih gincu berdasarkan warna perhatikan juga aspek lain. Berikut antara yang perlu anda pertimbangkan.




 
Pelembap dan pelindung


Salah satu kandungan yang berbeza yang terdapat di dalam pelbagai jenis lipstik adalah pelembap. Kandungan ini sangat penting kerana lipstick boleh kering desebabkan oleh cuaca atau kurangnya tingkat kelembapan di dalam rumah anda. 


Selain itu, faktor pelindung cahaya matahari turut memainkan peranan dalam memilih gincu. Bahaya terdedah pada sinaran matahari memberi impak yang cukup besar pada kulit seseorang. Justeru, sangat penting memilih lipstik yang membantu melindungi bibir daripada sinaran matahari memandangkan kulit bibir yang cukup tipis.




 
Warna ikut kesesuaian


Terdapat pelbagai jenis dan warna lipstik  yang tersedia mengikut citarasa dan permintaan setiap wanita. Ada yang gemarkan warna yang lebih tebal dan ada juga beberapa daripada mereka yang lebih memilih warna-warna cerah ataupun warna merah gelap. Tidak kurangnya juga yang lebih selesa dengan rona natural seperti merah jambu. Jadi pilih ikut kesesuaian dengan diri anda.




 
Perhatikan acara


Ketika mahu mencalit gincu, ketahui terlebih dahulu acara atau majlis apa yang bakal anda hadiri. Ini bagi memastikan gincu yang dikenakan sesuai dengan suasana majlis ketika itu. Jangan pula tampil dengan gincu merah menyala sedangkan anda sekadar bersantai bersama-sama teman rapat di tepi pantai misalnya. Pilihan warna gincu yang paling sesuai pastinya yang natural dan tidak terlalu menonjol.




 
Bibir seksi bak Angelina Jolie


Dalam pada itu, semua wanita inginkan bibir yang penuh dan seksi bak Angelina Jolie. Namun tidak semua bernasib baik memilikinya. Bagaimana pun anda masih boleh mendapatkan bentuk bibir sebegitu dengan penggunaan beberapa alat kosmetik dan juga panduan berikut:




 
Lip balm


Mulakan pemakaian lip balm di bahagian bibir tapi elakkan jenis yang berminyak, sebaliknya pilih jenis yang boleh bertahan lama.




 
Concealer 


Sapukan concealer di sepanjang garisan bibir. Selepas itu, ratakan ia ke atas dank e luar bagi memastikan bibir anda nampak lebih menonjol.




 
Lip liner


Bagi memastikan bentuk bibir lebih penuh, gariskan di sepanjang garis bibir atau sedikti di luarnya ( jangan terlalu banyak ) dengan menggunakan pensel bibir warna merah jambu. Pastikan ia dilakukan di seluruh bahagian bibir. Pensel bibir memiliki daya tahan lebih lama jika dibandingkan dengan gincu dan pengilat bibir.




 
Gincu dan pengilat bibir


Gunakan gincu bibir jenis berkilat untuk memberikan sentuhan akhir di bibir. Pilih nuansa warna yang tidak terlalu terang dan juga tidak terlalu gelap. Untuk kesan lebih menarik dan bibir nampak lebih penuh, sapukan pengilat bibir jenis shimmer pada bahagian bibir.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com