expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 25 June 2012

Saudi benar atlet wanita sertai Olimpik

















Dalma Rushdi Malhas, satu-satunya atlet yang layak buat masa sekarang.


LONDON - Arab Saudi membenarkan atlet wanitaya bersaing dalam temasya Olimpik 2012 buat julung kali.


Satu kenyataan Kedutaan Arab Saudi di London, yang dipetik BBC menyebut bahawa Jawatankuasa Olimpik negara itu "akan meneliti penyertaan atlet wanita yang layak" menyertai Olimpik London 2012.


Keputusan itu akan mengakhiri spekulasi baru-baru ini bahawa keseluruhan delegasi Arab Saudi akan hilang kelayakan bersaing di London ekoran isu diskriminasi gender.


Penyertaan wanita dalam sukan menjadi topik perbincangan hangat dengan golongan konservatif di Arab saudi  menentang pembabitan kaum wanita.


Pegawai-pegawai Arab Saudi berkata, memandangkan temasya itu akan berlangsung dalam beberapa minggu lagi, bulan depan, satu-satunya atlet wanita yang dilihat layak ke London ialah Dalma Rushdi Malhas iaitu atlet acara lompat kuda.


Bagaimanapun katanya, kemungkinan ada atlet lain yang boleh bertanding dan jika berjaya, mereka akan dikenakan kod pakaian untuk "memelihara maruah."

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com