expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 24 July 2012

Elit kaya global elak bayar cukai RM67 trilion


















Sedutan imej yang menggambarkan kekayaan dunia melibatkan 139 negara, mencecah AS$9.4 trilion.

 
LONDON – Kumpulan elit global yang kaya-raya dipercayai telah mengelak daripada membayar cukai sekurang-kurangnya AS$21 trilion (RM67 trilion) sehingga akhir 2010, demikian menurut kajian didedahkan oleh The Price of Offshore Revisited, semalam.


Jumlah itu dilaporkan sama saiz dengan gabungan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.


Laporan The Price of Offshore Revisited disediakan oleh bekas pakar ekonomi di firma khidmat runding McKinsey, James Henry bagi Tax Justice Network, lapor BBC.


Bagaimanapun pakar cukai dan penasihat kerajaan United Kingdom, John Whiting berkata, beliau sangsi dengan angka itu yang dilihat terlalu besar.


Henry dalam laporan itu berkata, AS$21 trilion (RM67 trilion) sebenarnya "angka konservatif" dan jumlah sebenar boleh mencecah AS$32 trilion (RM101 trilion).


Beliau menggunakan data yang diperoleh dari Bank of International Settlements, Dana Kewangan Antarabangsa (IMG), Bank Dunia dan beberapa kerajaan.


Laporan itu menyebut penelitian Henry hanya memberi tumpuan ke atas kekayaan yang disimpan di bank dan akaun-akaun pelaburan dan tiada termasuk aset lain seperti hartanah dan kapal persiaran.


BBC menyebut laporan itu muncul ketika timbul persoalan publik berkenaan dengan usaha mengelak cukai.


Beberapa pihak berkuasa termasuk di Jerman memberi imbuhan kepada pemberi maklumat berkenaan mereka yang mengelak daripada membayar cukai.


“Kerugian akibat hasil cukai menunjukkan anggaran kami sebenarnya besar. Ia cukup besar untuk mendapatkan satu perbezaan yang signifikan bagi membiayai kebanyakan negara.


“Dari satu sudut lain, kajian ini satu berita baik. Dunia baru sahaja mengesan satu jumlah kekayaan yang besar, yang kemungkinan boleh diperoleh untuk mencari penyelesaian kepada kebanyakan masalah besar,” kata beliau.


Henry juga menganggarkan bahawa sejak 1970-an hingga 2010, warga kaya dari 139 negara telah mengumpulkan kekayaan tidak direkodkan antara AS$7.3 trilion hingga AS$9.3 trilion menerusi bisnes luar pesisir.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com