expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 16 September 2012

Penawar bisa jengking RM259,000
















Sekurang-kurangnya 8,000 orang digigit kala jengking di Arizona setiap tahun. 


Phoenix: Seorang wanita di Arizona terkejut selepas dimaklumkan mengenai kos rawatan akibat digigit kala jengking di sebuah hospital, di sini. 


Marcie Edmonds berkata, kos rawatan di Pusat Perubatan Chandler Regional mencecah lebih AS$83,000 (RM259,000) termasuk dua suntikan dos anti bisa berharga hampir AS$40,000 (RM120,000) untuk sekali suntik. 


Akhbar Arizona, Republic melaporkan, syarikat insurans Edmonds sudah membayar lebih AS$57,000 (RM171,000) dan hospital di pusat bandar Phoenix itu kini meminta Edmonds menjelaskan baki kos rawatan itu. 


Penduduk kawasan Ahwatukee Foothills berusia 52 tahun itu disengat kala jengking ketika membuka bungkusan penapis pendingin hawa di garajnya, Jun lalu.



Tak dimaklum kos
 

Edmonds berkata, seorang doktor di bilik kecemasan memberitahunya bahawa ubat anti bisa Anascorp buatan Mexico boleh segera menghentikan masalah tetapi dia tidak pernah dimaklumkan harga rawatan itu. 


“Nampaknya ‘sengatan bil’ itu lebih serius bagi saya berbanding kesan gigitan kala jengking itu sendiri,” katanya. 


Pusat rawatan Chandler Regional memberitahu, bil rawatan Edmonds itu turut meliputi kos rawatan luar. 


Pentadbiran Ubat dan Makanan (FDA) meluluskan Anascorp untuk merawat pesakit yang kena gigitan kala jengking musim panas lalu, lapor media di sini.



Ubat pertama dilulus 
 

Ia adalah ubat pertama yang diluluskan kerajaan untuk tujuan berkenaan. Kelulusan itu diberi selepas penyelidik dan sarjana Amerika dan Mexico bekerjasama selama hampir 12 tahun untuk diberi lampu hijau. 


Sekurang-kurangnya 8,000 kes gigitan kala jengking dicatat di Arizona setiap tahun dan beratus-ratus daripadanya membabitkan kes keracunan saraf serius. 


Hampir semua mangsa adalah kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan kerana bisa kala jengking itu hingga memerlukan rawatan di hospital. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com