expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 16 September 2012

Tupai terbang jadi perhatian



















Mohd Hafiez (kiri) menunjukkan tupai terbang yang menyebabkan kediamannya menjadi tumpuan penduduk.


RANTAU PANJANG – Kehadiran sejenis haiwan menyerupai tupai menjadikan kediaman Mohd Hafiez Zafri, 18, dikunjungi penduduk kampung, untuk melihat spesies yang tidak diketahui nama sebenarnya itu.


Berikutan itu mereka memanggilnya tupai terbang kerana fizikalnya menyerupai tupai.


Mohd Abdul Hafiez berkata, keunikan haiwan yang belum pernah ditemuinya, membuatkan ada dalam kalangan pengunjung yang berminat dan  sedia membelinya.


Menurutnya, setakat ini dia belum membuat keputusan menjual haiwan berkenaan, kerana sedar sukar untuknya menemui binatang tersebut.


Katanya, dia menemui tupai terbang itu ketika ke rumah kawannya di Lubok Jong dua hari lalu.


"Haiwan itu terbang dan hinggap di dinding rumah kawan, apabila melihat fizikalnya agak luar biasa, saya menangkapnya dan membawa pulang.


“Setelah saya meneliti fizikalnya, haiwan ini mempunyai bahagian seperti kepak yang membolehkannya terbang, sekali pandang kelihatan seperti tikus,” katanya.


Mohd Hafiez berkata ,sejak membelanya dua hari lalu, haiwan tersebut makan semua jenis makanan seperti pisang dan sayur.


Menurutnya, bagi mengelak haiwan tersebut terlepas, dia mengurungnya dalam sangkar daripada besi.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com