expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 18 February 2013

Panduan Penyimpanan Makanan Supaya Tahan Lama




Simpan cara betul, elak tercemar dan menyebabkan keracunan


Ramai Pakar Pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan tidak betul, boleh menyebabkan ia mudah tercemar, sekali gus membuka ruang keracunan pada orang memakannya. 


Sakit perut, muntah-muntah atau kehilangan air dalam badan antara kesan ketara akibat makan makanan yang sudah rosak atau tercemar. Malah dalam kes terpencil ada yang menemui ajal kerana lambat mendapatkan rawatan. 

Kadangkala makanan dibeli di pasar atau pasar raya, sememangnya bersih dihasilkan, tetapi kerana kita tidak menyimpannya makanan dengan baik serta betul, maka kuman serta bakteria mudah menghinggapi. Makanan yang bersih adalah kunci kesejahteraan sekeluarga.




Panduan penyimpanan makanan secara asas : 


Arahan penyimpanan makanan pada label bungkusan, bukan hiasan semata-mata. Baca, fahami dan ikut arahan tertera sebelum membuka bungkusan serta selepas membuka bungkusan. Kerana ada produk yang sesuai di simpan dalam ruang sejuk beku, atau sesuai diletakkan di dalam bekas kedap udara saja.









Bijirin

 
Umumnya, bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada sinaran matahari. Penyimpanan di tempat yang sejuk dan berair memudahkan ia rosak. Sebagai contoh beras mudah dihinggapi kumbangnya kalau sering terdedah dengan hawa sejuk.









Buah-buahan dan sayur-sayuran

 
Mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran, boleh dilakukan dengan membungkusnya dengan plastik pembungkus makanan, sebelum dimasukkan ke dalam bahagian ruang penyimpanan di dalam peti sejuk. 


Bagi sayuran berdaun pula, ia perlu dikeringkan terlebih dulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Perlu diingatkan, supaya jangan menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran di ruang sejuk beku kerana ini boleh merosakkan tisu buah-buahan dan sayur-sayuran. Rasanya juga sudah tidak segar lagi.




Susu dan produk tenusu

 
Susu dan produk tenusu antara yang mudah rosak. Justeru pastikan anda mengenali jenis susu dibeli : 


* Susu segar pasteur harus di letakkan di ruang pendingin yang mempunyai suhu antara 0 darjah selsius hingga empat darjah selsius. Elakkan meletakkan susu pasteur pada suhu bilik kerana ia mudah dicemar oleh bakteria. 


* Susu ultra tinggi atau susu U.H.T. tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Tetapi selepas kotak dibuka, lebihan hendaklah disimpan di dalam peti sejuk di ruang pendingin pada suhu antara 0 darjah selsius hingga empat darjah selsius. 


* Elak menyimpan susu berdekatan dengan bahan makanan yang mempunyai bau yang kuat. 


* Makanan seperti keju mestilah disimpan dengan pembungkus asalnya di dalam peti sejuk. Selepas dibuka, ia mestilah dibungkus semula dengan sempurna menggunakan pembungkus baru yang kalis air (seperti aluminium atau plastik) atau diletakkan di dalam bekas yang bertutup ketat bagi mengelakkan kekeringan wap air di permukaan keju.









Daging, ayam dan ikan

 
Simpan daging, ayam dan ikan yang akan digunakan dalam tempoh tidak melebihi 3 hari di ruang penyimpanan khas di bawah ruang sejuk beku pada suhu antara dua darjah selsius atau kurang. Bagaimanapun bagi simpanan lebih lama, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan secara sejuk beku, iaitu di bahagian kurang daripada 0 darjah selsius. 


Bagi hasil terbaik, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan di dalam bekas plastik kedap udara sebelum disimpan, untuk mengelakkan berlaku proses kekeringan dan baunya, ‘menjangkiti’ makanan lain pada ruang penyimpanan sama.










Telur
 

Sebaiknya telur disimpan di ruang pendingin pada suhu antara 0 darjah selsius hingga empat darjah selsius untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Sungguhpun ada yang gemar membasuh telur sebelum disimpan, tetapi ada saranan untuk mengelakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

3 comments:

  1. berjaga2 sebelum kena. dah kena keracunan kan susah.

    ReplyDelete
  2. Sunnguh. Kadang kite ingat selamat makanan tu. Malang tak berbau. Tapi hakikatnya ramai sangat yang tak ambil kisah. Bila kita tau, nak beli makanan kat luar pun sebenarnya rasa takut.

    Artikel Terkini >> Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com