expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 8 March 2013

Simptom Serangan Jantung




1.Cemas

Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.




2.Sakit dada 

Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.
 


3.Batuk atau bersin terus-menerus

Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.





4.Pening

Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.




5.Penat

Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.




6.Mual atau tidak nafsu makan

Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.




7.Sakit di bahagian tubuh lain

Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.




8.Denyut jantung cepat atau tidak teratur

Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.




9.Sukar bernafas

Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.






10.Berpeluh

Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.





11.Tubuh bengkak

Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.




12.Sangat lemah

Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya.


22 comments:

  1. minta simpang jgn la ada simptom2 di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga menjaga kesihatan dan amalkan pemakanan yg sihat selalu..:-)

      Delete
  2. kadang2 kita pandang remeh je sakit2 mcm tu kan. perlu lebih alert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik na..sekarang nie umur belum tua pon dah ada penyakit..betapa pentingnya kita semua jaga kesihatan diri

      Delete
  3. Satu perkara penting yg patut kita ambil tahu tentang sintom pembunuh senyap ni. T kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..ramai yg mati mengejut disebabkan penyakit nie..sama2..:-)

      Delete
  4. Malaysia salah satu negara yang paling tinggi berisiko dapat penyakit jantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cheq kaq..mari lah sama2 kita semua jaga jantung kita..amalkan cara hidup sihat

      Delete
  5. risau sungguh ngn pnyakit ni.. mudah2an kita sihat sntiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..semoga kita semua amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan harian kita..:-)

      Delete
  6. banyak jugak simptom2nya.. info yang berguna, kena belajar ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena belajar..buat pengetahuan utk semua..:-)

      Delete
  7. alamak...mcm ada tanda2 dah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke..abg timi kena buat check up secepat mungkin..utk cegah penyakit nie..dah tau jaga kesihatan dr sekarang dan amalkan pemakanan yg sihat..:-)

      Delete
  8. pha is ada "family history" sakit jantung. so, dikira dlm katagory golongan yg high risk.. kena jaga2 la.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..kena jaga2..tp klu amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan,rasanya dpt elakkan penyakit nie..

      Delete
  9. Infomasi yang sangat berguna

    ReplyDelete
  10. Orang kate kalao sakit dibahagian tapak kaki..saya da search kwasan sakit pada tapak kaki saya berdekatan dengan jantung..tp saya xde menghidap simptom2 diatas..agak2 camne yer?

    ReplyDelete
  11. Sekarang terdapat rawatan jantung secara bebas surgeri (non invasive) dimana masalah jantung dapat diselesaikan dengan menggunakan rawatan Enhanced External Counter Pulsation (EECP). Rawatan ini mampu memulihkan masalah jantung tersumbat (Coronary Artery Diseases) dan juga masalah vascular (saluran darah) di bahagian lain tubuh. Terbukti 100% berkesan dan selamat. Anda tidak perlu lagi menjalani pembedahan pintasan jantung (by-pass) atau stenting/ballon selepas menjalani rawatan EECP ini. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk www.cardiocare-eecp.blogspot.com atau hubungi 019-6681786 untuk mendapatkan sesi percubaan EECP anda secara percuma. Terdapat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  12. penting untuk tahu simptom2 sakit jantung ni..boleh mencegah dari awl..

    kesihatan dan corak pemakanan juga perlu dijaga.

    http://fesyenlawa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. saya masih muda and saya ada sakit jantung .

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com